orang kata..
di sebalik seorang lelaki yang berjaya..
ada seorang perempuan yang mendokongnya..
jadi sempena 'hari bapa' yang setiap hari..
ku dedikasikan puisi ini untukmu...
terutama untuk bapaku.. dan bapa anak-anakku..
di sebalik keanggunan ibu yang bekerjaya
ada seorang BAPA yang merestuinya
di sebalik kesibukan ibu menguruskan anak-anaknya
ada titik peluh dan parut kerja si BAPA
di sebalik keriuhan ibu meleteri anak-anaknya
ada titis nasihat dan pesanan si BAPA
di sebalik senyuman ibu yang bahagia
ada seorang BAPA yang setia
di sebalik masin air mulut ibu berdoa
ada syurga BAPA yang memayunginya
di sebalik IBU yang paling utama ditaati..
ada BAPA yang jangan sekali disakiti
kerana Allah terlebih dahulu menjadikan BAPA Adam..
kemudian dari tulang rusuknya barulah dijadikan ibu Hawa
No comments:
Post a Comment