musim perayaan.. musim membawang... tak dapat dipisahkan
banyak post post di media sosial dah suruh siap sedia dah apa nak jawab.. kalau kena soalan soalan power pedas dan pedih dari geng bawang rangers
malah lepas raya.. banyak viral keluhan mereka yang diserang tikaman bawang rangers ni
reaksi pelbagai..ada yang diam..ada yang suruh balas balik.
menyedihkan..ya
lucu..mungkin
tragis..ada la jugak
tapi boleh kan kita usaha untuk tidak memburukkan keadaan..
"FAL YAQUL KHAIRAN AU LISASMUT"
hadis... mafhum: katalah yang baik..atau diam sahaja
tak tahan telinga.. rasa membara nak balas baik.. tak mampu balas dengan perkataan yang baik. DIAM!
anggaplah kata kata bawang tu seperti pedihnya air bawang besar yang kita kupas.. tak guna pun nak ditadah.. basuh dengan air bersih.. lama-lama pedih tu akan hilang :)
No comments:
Post a Comment