relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Wednesday, April 17, 2019

Di sebalik pakaian konvo..

Sekali lagi aku berpeluang menyarung jubah konvo...
Nikmatnya tak sama macam dulu.. macam kali pertama ku menyarungnya...


Bila tengok anak anak naik pentas.. pakaian mereka semua cantik cantik..dan aku yakin itulah yang terbaru dan yang terbaik mereka ada.

Ingat lagi waktu sarung jubah diploma..mak belikanku jubah krim utk dipakai di hari konvo.. walau jubah tu kain biasa biasa.. tapi jadi istimewa kerana tujuannya utk meraikan hari konvoku..

Waktu konvo master.. aku tahu jubah konvoku nanti warna hitam.. kebetulan dapat hadiah batik sarawak berwarna hitam.. satu selangor aku tawaf cari baju ala blouse atau kebaya yang sesuai ku pakai dengan kain itu. Dan alhamdulillah jumpa kebaya coklat harga rm40 sahaja.

Dan aku yakin.. ini juga pengalaman semua orang.. di sebalik jubah konvo..kita nak pakai antara pakaian terbaik dan tercantik kita..kerana kita anggap hari tu tidak datang hari hari.
Kita mahu cantik di mata kita, cantik di lensa kamera dan cantik di mata sesiapa sahaja.

Namun..di sebalik keterujaan menyarung jubah konvo dan pakaian cantik itu.. pandanglah juga mata-mata mereka yang memandangmu tidak hanya pada pakaianmu tapi memandangmu jauh ke dalam sanubari.

Terujanya kita.. mereka lagi teruja
Gembiranya kita..mereka lagi gembira
Terharunya kita..mereka lagi terharu..
Siapa lagi..kalau bukan ibu dan bapa

No comments:

Post a Comment