relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Wednesday, August 11, 2021

siti sarah... kau dan aku.. impian yang sama

 siti sarah..

kau dan aku impian yang sama

bertemu pencipta

dengan kemuliaan dan kecintaan


maka kita sama

menyintai semua di sisi sepenuh hati

mensyukuri apa yang ada

tidak menyesali apa yang dah pergi

memberi terus memberi..

tanpa kisah atau peduli apa sahaja yang rugi

menyintai terus menyintai

tanpa kisah atau peduli siapa yang membenci



dan bezanya..

kau pergi dulu.. dengan impian tercapai

dan aku masih di sini..

menganyam impian

Wednesday, August 4, 2021

AKU DAN CIP SINOVAC

 alhamdillah.. 

setle 2 dos

walau ada cerita di sebalik drama dos pertama mei lepas

dos 1



dos 2


reda la.. bila soh orang amik gambar... jadi macam ni... hehe


Tuesday, August 3, 2021

politiKING, poliTIKUS, poliTAIK, poliTITIK

 owh...

pening.. semua nak jadi KING

main kotor dalam politik

wujud juga poliTIKUS

yang usaha membawa busuk dalam politik

sampai orang pandang  politik jadi poliTAIK

bilakah kemelut akan poliTITIK?


Monday, July 26, 2021

dua orang baik berkhilaf

 bila dua orang baik berkhilaf, 

kita jangan jadi jahat dengan mengapikan-apikan mereka

Tuesday, June 29, 2021

PDPR.. mak ke anak yang stress

 ibu ibu mengadu mereka stress PDPR.. 

sebab mak kena tengok anak A-Z.. tambahan kalau anak anak bawah 10 tahun. serba serbi nak kena tengok. bukakan link, pilihkan buku dan semualah


aku pun... cuma perlahan lahan aku ajar dia buat semua sendiri termasuk klik link, control voice dan video dan buat latihan. betul ke salah, aku tak sempat nak tengok semua.

sungguh,,

mujur aku bukan perfectionist... dan asalkan buat...

kelas aku pun, aku terkejar-kejar.. apalagi kelas anak-anak

pengalaman bermakna untuk aku dan anak anak

tak mahu salahkan sesiapa.

kita mesti belajar tempuhi segalanya... 

Monday, June 28, 2021

apa ku rasa...

 dapat tarikh untuk vaksin 28 Mei

tentunya aku teruja

paling awal antara adik beradikku dan paling awal dapat dari rakan rakan sekerjaku yang lain


tapi tinggal 1 kegusaran, aku perlu pastikan aku tidak hamil

27hb pagi, aku cek upt.

naik double line dan pastinya aku sangat bersyukur

28 hb tu, aku tetap pergi ke PPV dan bagitahu kondisi dan mereka sendiri sebut tidak galakkan.

balik lak aku dengan mula rasa mual dan segalanya.


1 Jun mula PKP 3.0, pergi check up dan belum kelihatan apa apa, tapi dinding rahim menebal tanda kemungkinan hamil itu ada.


3 jun, selesai 2 ceramah. 1 ceraah dengan Politeknik Kulim dan 1 lagi kuliah dengan JAIPS, balik aku nak solat magrib, ada spotting.

terus luluh jiwa raga. malam tu, aku rasa aku nak keseorangn.. tak mahu jumpa sesiapa.. aku nak teangkan apa aku rasa....

dan darah keluar seperti haid biasa, tiada kesakitan seperti keguguran

15 hb jun aku pergi semula ke doktor, dan Dr sahkan setelah diambil UPT dan ujian scan rahum. memang aku haid, bukan keguguran.


aku rasa....?

sungguh aku tidak mengerti...

sampai kini.. cuma aku makin fahami

jika Allah nak bagi.. walau segala halangan..aku tetap akan dapat

kalau Allah tak nak bagi, walau apa aku usaha aku takkan dapat

Ya allah aku sujud pada kekuasaanMu.

aku tidak mengerti.. tapi aku amat mengimaninya...

Sunday, March 7, 2021

password

 dulu umur 20an.. aku hafal semua password tanpa perlu tulis di mana mana

tapi sejak masuk 40 an.. aku perlu tulis di satu tempat, masukkan semua id dan password setiap akses.

sebab aku dah mula keliru dgn password sekarang. kena ada huruf besarlah, kena ada nombor dan ada simbol


seang aku sibuk update password dalam buku rahsiaku..


tok..tok.. 

si kakak ketuk pintu bilik..

abang muhammad ada dalam bilik. dikuncinya pintu.

"password.. password?" Dengar sahutan dari dalam.

"Ini bukan ibu.." jawab Hadeejah.

pintu pun dibuka.

waa...

lain macam anak anak aku main password. hahaha

apa kena mengena ibu pun tercipta dalam password korang? huhu

Friday, February 26, 2021

penutup yang tidak dijangka, bukan happy ending tapi sangat bermakna

 aku tengok satu cerita tamil ni

awalnya nampak macam boring gila

sebab gambar tak berapa nak warna warni sangat, tapi aku terpaku pada suasana kampung yang filem itu gambarkan. penduduknya buat periuk dengan tanah liat, bagaimana proses dari awal pijak tanah sampailah ke poses mewarnakan periuk

ok.. kisah dia berkembang tentang seorang pemuda yang ramai wanita gila-gilakan sebab hensem dan baik

tapi lelaki ni sebut dia tak akan berkahwin selagi adik bisu dia tak berkahwin, dia berjanji akan kahwinkan adik bisu dia dulu. dia nak cari yang kacak, kaya dan baik untuk adik bisu dia.

kebetulan lelaki ni terminat kat salah seorang heroin si penenun kain.

kemuncaknya.. seorang perempuan lain hantar surat menyatakan abang dia sudi berkahwin dengan adik bisu tu dengan syarat pemuda hensem tu mesti mengahwininya.

hero apa lagi, happylah sebab adik bisu dia ada orang sudi walau apa syarat sekalipun.

tapi malang, perkahwinan tu tak berlaku. terbongkar bahawa surat itu tipu dan hanya helah perempuan tu untuk berkahwin dengan hero tadi.

adik hero, gadis bisu tu sangat kecewa hingga larikan diri tidur tempat lain. abang dia si hero tu tak sedar tengah dok kambus satu lubang tu yang adik bisu dia ada tidur dalam tu. adik bisu dia mati

datang la seorang lelaki kurus hitam yang bekerja sebagai kuli je. dia kata " awak selalu cari lelaki yang hensem, putih dan kaya untuk dijodohkan untuk adik awak. awak tak pandang pun saya untuk awak tawarkan kahwin dengan adik awak. awak yang sebenarnya cacat sebab menilai orang hanya pada luaran. tapi awak salahkan orang lain tak menerima kecacatan adik awak."

sentap gila wei... ayat tu.

ending dia apa.. cer teka.

aku teka, dia akan kahwin dengan heroin si penenun kain tu. tapi rupanya tak.. kerana kata-kata lelaki kurus hitam tu. si hero memilih seorang gadis cacat fizikal untuk menjadi isteri dia. dia kata ini untuk menebus kesalahan dia terhadap adik dia.


aku terus: WOW.. hebat..

ending yang tidak dijangka, tapi cukup bermakna

projek SUKMA ( suara kreatif madani)

 PROJEK  SUARA KREATIF MADANI UiTM Perlis






Anda penulis baru? Atau anda penulis senior yang ingin menambahkan koleksi pengkaryaan?

Jom sertai kami dalam "Projek Suara Kreatif Madani"


📜📜Syarat Penyertaan:-📜📜

i.  Terbuka kepada semua pelajar, staf atau alumni UiTM.

ii.  3 buah antologi akan diterbitkan dengan pelbagai tema. Peserta bebas memilih salah satu tema yang disukai atau mengikuti kesemuanya.

iii.  Karya hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu dengan menggunakan font Arial bersaiz 11 langkau 1.5. Cerpen dan anekdot minima 1000 patah perkataan dan puisi tidak melebihi 30 baris


📌📌Tema Penulisan📌📌


✒️ Antologi Anekdot/ Memoir "UiTM di Hatiku"

Tema:

 i. Aku, Covid 19 dan UiTM 

ii. Aku dan rakan sekerja/ sekelas

iii. Aku dan pelajar/pensyarah


✒️ Antologi cerpen 

Tema: RENCAH RASA PANDEMIK


✒️ Antologi Puisi 

Tema: RENCAH RASA KAMPUS


📋📋Apa anda akan dapat?📋📋


Peluang mengikuti bimbingan melalui webinar secara percuma

Setiap penyertaan akan diberikan sijil penghargaan.



🗓️🗓️🗓️🗓️🗓️🗓️🗓️

Tarikh akhir penghantaran karya pada ~31 MAC 2021 melalui email kepada suarakreatifmadani@gmail.com

🗓️🗓️🗓️🗓️🗓️🗓️🗓️


📝📝“Tulislah... setiap kita punya cerita... setiap cerita ada rasa.”📝📝


JOM KLIK LINK DI BAWAH :


https://chat.whatsapp.com/JKzWObEGHTS79YsnplA7M8


Kami bimbing sampai jadi.. 💪💪💪




Admin 

suarakreatifmadani@gmail.com



Monday, February 22, 2021

salah sebut

 orang melayu salah sebut bahasa inggeris..kena kecam..

orang inggeris salah sebut bahasa melayu..kena puji..

orang Islam salah sebut ayat quran? kena diam ja ka...

Wednesday, February 3, 2021

hunting for geran

 yeah.. jom tembak.. jom buru.. dapat tak dapat.. belakang kira..

siap je apa yang ada..

kadang kita hunting hari ni.. dapat tu bukan hari ni.. bukan esok.. tapi bulan depan.

kena reject.. kena kondem.. jatuh longkang.. tergolek golek biasalah...


chaiyok .. chaiyok..


Monday, February 1, 2021

pertama kali ke ofis 2021

 aku WFH..

dan 1 feb, pertama kali aku masuk ke pejabat. rindu pela dok masuk pintu Uitm hari-hari..keluar masuk. norma baharu, clock in dan clock out di rumah.


kerja tetap sama.. tak pernah berurang, makin bertambah lagi ada.

rabbi yassir wala tuassir.

Sunday, January 31, 2021

jan 2021

 3 perkara besar di awal tahun, keguguran, anak masuk wad dan kematian mak mentua yang buatkan langkahku agak terpaku.

tak dapat laju..

namun aku tunduk akur.. 

ia bukan untuk hentikanku terus, hanya sekadar supaya aku berhenti segenap. ambil nafas, dan mulakan semula.

jangan peduli apa yang telah terlepas, fokus pada apa yang masih ada dan positif melihat rahmat Tuhan yang menanti di sana...

Tuesday, January 26, 2021

selamat jalan mak.. ke alam abadi

 mak..

selamat jalan mak..

mak pergi dulu..

nanti kami pun akan menyusul


mak.. maafkan nadiyah.. walau sepuluh tahun lebih mengenali mak tapi banyak benda yang nadiyah belajar

kehebatan.. bukan pada kuat fizikal.. tapi kuatnya jiwa menanggung ujian

kesabaran.. bukan pada jauh mana perkataan sabar diucapkan.. tapi pada seulas senyuman yang menyembunyikan seribu kepahitan

MAK HEBAT DALAM PERJALANAN MENJALANI PERJALANAN HIDUP MAK.. CUKUP HEBAT.

saya sayang mak... sayaaaaang yang tak habis saya ucapkan sekadar ini sahaja. 


alfatihah untuk bunda mertuaku JELEHA bt KAMIS

Tuesday, January 19, 2021

abduh sunat 19 jan

 alhamdulillah.. setelah bertangguh dari 18 ogos 2020..

kali ni.. dipanggil lagi..

alhamdulillah segalanya dipermudahkan..

ibu dah banyak kali masuk bilik OT. tapi tak pernah sedebr anak yang masuk bilik OT.. alhamdulillah dan selesai dengan baik semuanya












Wednesday, January 13, 2021

ibu nak cerita kelahiran anak ibu: yusuf bin amiruddin

 8 jan.. temujanji ibu dengan klinik

ibu berkobar nak jumpa anak ibu di skrin pc klinik

kali ni.. abi, abang abang dan kakak hantar..

sampai 9.30.. ibbu terus dipanggil.

seperti biasa ibu berdebar...

waktu doktor scan.. riak muka doktor macam tak happy.. berkali dia godek alat scan tu..

"baby ada.. tapi saya cari jantung dia takde.."

"saiz baby pun jauh dari tarikh sebenar"

ibu terdiam... terkejut.. dan tergamam.. taktahu nak cakap apa-apa..

apa sahaja yang doktor kata selepas tu ibu angguk sahaja...


9jan..lepas magrib, dah ada spotting.. Allahu, ibu redha sayang.

mmalam tu, ibu tak dapat tidur nyenyak, ada contraction.


12jan petang 6.40, adik yusuf selamat keluar dalam sarung sekali dengan uri. ibu redha sayang.. sungguh ibu redha.. dengan penuh kerinduuuuuan


13 jan.. pergi checkup.. Dr Hasnah dan comfirmkan adik yusuf dah selesai keluar dengan baik.

allahu.. dua kali gugur selang 5 bulan.. tidaklah mudah..tapi dengan kalimah REDHA.. hamba akur.

Thursday, December 24, 2020

pengantin baru sepuluh tahun..

 

simple.. tapi 10 tahun ni cukup buatku lebih menghargai diriku dan rahmatNya... I LOVE U HABIBI.. 

kalau drama.. lelaki kiriman Tuhan..

 itulah yang ku rasakan.. 

satu dalam beribu.. 

menerimaku dalam pada yang lain mencari kesempurnaan..

melayaniku bagaikan aku pemaisuri..

memujiku bagaikan aku adalah ratu

menyantuniku bagaikan aku bidadari

apalagi yang aku mahu..

hanya kewajipanku.. mensyukuri kehadiranmu dalam hidupku.. 

Tuesday, December 22, 2020

jantungmu.. bagi irama indah buat ibu

 

lega... sangat....

irama jantungmu.. irama yang cukup indah


Monday, November 30, 2020

rezeki.. allahu.. terima kasih

 tak sabar menunggu lagi.. hari ni aku mohon kepastian

dan.....

Allahu..

aku menangis.. terharu.. sangat terharu...

terima kasih yang Allah.

Saturday, November 21, 2020

dah 40 tahun.. alhamdulillah


 40 tahun umur tua..

yea.. waktu umur 20.. rasa siapa yang umur 40 tu..mak mak sangat, anak besar besar 

waktu aku 30.. rasa umur 40 tu.. umur tua dan pastinya matang sesangat

apo po lah.. yang penting... HAPPY EVERYDAY