relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Saturday, August 22, 2020

ibu nak cerita kelahiran anak ibu: adawiyah bt amiruddin

 ketiga tiga anak ibu.. ibu dah cerita..

yang ini pun ibu nak nukilkan di sini. sebab.. tetap anak ibu walau hanya 6 minggu ++ bersama ibu dalam rahim... tapi ibu tetap simpan di hati selama-lamanya...


9Jun.. haid ibu pertama selepas kelahiran Abang Abduh.. biasalah kes untuk ibu menyusu badan.


bulan Julai.. haid tak berkunjung tiba. dahla pi Langkawi dan berjalan bagai.. macam-macam perkara tak diduga juga bulan Julai berlaku...

dan ternyata.. anak ibu Allah anugerahkan dalam rahim ibu.


9 Ogos.. ibu check up biasa.

waktu scan.. Doktor Rohana banyak kerut dahi.. dia pusing sana sini alat scan tu..ibu dah mula tak sedap hati.

"baby tak nampak sangat.. sepatutnya dah clear kalau 8 minggu ni.. dan dah ada heartbeat..

tapi umur baby u 6w++"

"takpe.. lagi 2 minggu datang lagi.. maybe.. baby u lari sikit dari tarikh asal."


aku diam.

dalam kereta aku dah keluar air mata..

2 minggu yang doktor sebut itu.. bagai tarikh yang menentukan hidup mati anak ibu. 

setiap hari ibu cukup fobia dengan darah... cukup takut menghadapi kehilangan..

hari pertama...hingga hari ke sepuluh... selagi tiada darah..selagi tiada tanda kehilangan..harapan ibu cukup tinggi dan menghara[kan anak ibu kuat dan terus bertahan dalam rahim ibu.


1 muharam... cuti umum.. lepas subuh.. ibu rasa letih. terus ibu sambung baring. jam 10.. ibu bangun nak siapkan makan tengahhari.

"ibu... darah!" tegur abang Muhammad.

dada ibu terus berdebar...

rupanya abang Muhammad tunjuk darah daging yang tersisa atas sinki.


tapi rasa tak sedap hati sangat kuat.... ibu ke tandas.. dan darah merah keluar. terus air mata mengalir....


telefon abi.. nak check up supaya pastikan anak ibu takde apa apa.

nak ke Mahsuri.. kesian pula abang-abang dan kakak nak tunggu dalam kereta. ke KPJ Perlis je lah.

sampai di KPJ.. misi bertugas bgth ada Doktor lelaki je. ibu angguk je sebab hanya nak scan dan pastikan baby selamat dan boleh diselamatkan lagi.


rezeki ibu barangkali. doktor pakar wanita kebetulan datang untuk lawat patientnya.. terus ibu diminta berjumpa dengan dia. lagi lah lega hati ibu.

doktor Hasna scan.. dan dia maklumkan baby masih ada.. tapi still kecil 6w++

sedangkan tempoh sepatutnya 10w..

maksudnya memang tiada perkembangan dari 11 hari lepas scan dengan Doktor Rohana.

doktor Hasna nak cuci terus.. aku minta untuk pulang dulu sebab belum ada sakit dan harapkan kalau tiada rezeki biarlah keluar sendiri.

Jumaat.. masih ada tompok darah.

Sabtu pagi.. 22 Ogos 2020. dah mula rasa mild contraction. si abang dan kakak minta ibu tunaikan janji pi ECO.. ibu dah la sakit-sakitni.. buatnya tumpah darah kat ECO.. femesla ibu satu Malaysia.

tapi ibu doa banyak-banyak.. semoga Allah pelihara. tunaikan janji juga bawa kakak dan abang sambil doa..baby tunggu satna dalam perut dulu.

tak lama dalam ECO.. sempat pula ibu melawat kedai aiskrim Gula apong di sebelah.. hehe. baby nak rasa sikit kan...


malam tu.. waktu makan.. sakit makin kerap dan menyengat... dan...... adawiyah dilahirkan di rumah kita.. dan ibu sendiri sambut adawiyah...

ibu tahan untuk tidak menangis.... tapi bila nampak tubuh adik dalam umur 6 minggu..sudah ada bentuk mata..dan masih bertali pusat.. air mata ibu tumpah.. airmata kasih sayang.. airmata redha.. dan ibu tahu.. adawiyah memilih untuk kekal di sana.. ibu redha sayang.. 

ADAWIYAH BT AMIRUDDIN.

nama yang berlegar di hati ibu sejak tahu ibu hamil...

ibu akan tetap menganggap Adawiyah anak keempat ibu... dan janji ya.. kita jumpa kat sana ya sayang... ADAWIYAH panggil ibu , abi, kakak dan abang-abang tau...



No comments:

Post a Comment