relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Tuesday, April 28, 2020

PKP ibu anak 3


PKP diumumkan anak anak riang
Ibu termenung berpikir panjang
Abah pula lega senyumnya riang
Tak payah keluar pagi pulang petang

Anak pertama baru darjah dua
Ingat tak sekolah dia boleh lega
Tapi di rumah ibu ngajar semua
Dari muka manis terus tukar jadi singa

Anak kedua baru lima tahun
Tapi mulutnya bising ya ampun
Jenuh melayan soalan melantun lantun
Bukan setakat singa, dah tukar jadi naga pun

Yang kecil baru nak mula kenal diri
Suka bukan main ibu sentiasa di sisi
Nak berkepit tak mahu renggang seinci
Tiada ibu nangis sampai dengar satu negeri

Memang penat ibu di rumah walau bergaji
Sebab kena juga layan anak murid nak mengaji
Juga mesyuarat atas talian bincang itu ini
Sempat selit  update di FB masak hari ni tak jadi

PKP buat hidup ibu lebih bererti
Menghargai yang tersayang dan masa berkualiti
Anak depan mata 24 jam sehari
Peluang yang jarang datang sama sekali

No comments:

Post a Comment