kerana "PENDAMPING"
aku berada di pentas itu.. yang sangat asing buatku..
dan membuatku kekok serta kejutan kejutan yang membuatkanku menundukkan mata dan memekakkan telinga
namun aku akur.. aku hadir kerana dipilihNya..
dan aku juga akur.. inilah realiti masyarakat kita
mungkin aku sudah selesa di kelompok aku saja
hingga tidak ambil tahu kelompok lain di sana..
yang menyatukan aku dengan mereka ialah..
kami sama sama manusia..
yang punya kelemahan dan kelebihan seadanya
juga fitrah suci yang mahu bersih dari dosa
cuma kemampuan dan kemahuan untuk keluar darinya
yang menentukannya adalah TAQWA
No comments:
Post a Comment