bila si kecik dah pandai 'mengemas' dan 'menyusun 'sekarang ni..
terjumpalah gambar2 gambar lama...
yang mengembalikan memory ibu ke zaman sebaya si kecik...
gambar tu waktu aku menetap di taman melewar...
umur tak sampai 2 tahun...
aku cuba memerah otak..mengingati masa itu...
31 tahun yang lalu.. dan hampir berjaya..
walau tidak keseluruhan..
tapi susun atur rumahku kala itu..
bilir air tingkat atas yang ada tab mandi..
tingkap bilik emak yang abang selalu panjat keluar
masih terbayang di mata dan minda..
aku masih ingat..dan bagiku ingatan itu terlalu mahal
kerana ia memory paling awal yang dapatku ingati...
selepas berpindah ke ipoh..taman lapangan terbang.. ingatan memory makin banyak..
paling jelas ketika umurku 4 dan 5 tahun..masih ingat beberapa kejadian
dan kejadian2 itu adalah samada '1st time' 'paling manis' 'paling pahit'
aku bukan saja mengingati memory memory tertentu..
tapi aku juga ingat apa yang aku fikirkan kala itu..
hingga tertanya "kenapa aku boleh fikirkan sebegitu..semuda umur itu?"
"kenapa aku boleh rasa perasaan itu..semuda umur itu?"
dan bila ku memandang anakda..
aku bagai melihat "aku" padanya...
mungkin dia akan simpan memory apa yang dia lalui sekarang..
mungkin dia akan ingat apa yang dia rasai kini..
dan kini mungkin dia sudah fikirkan sesuatu yang mengjangkaui umurnya...!
No comments:
Post a Comment