keluar majalah anakda ni.. hehe.. sapa yang tak beli majalah pama bulan jun..
artikel si muhammad ni ada di sini :-
KU SANGKA KECIL…RUPANYA BESAR!
Berkahwin akhir
2010, 2011 kami masih belum dikurniakan rezeki anak, Alhamdulillah Mac 2012,
aku disahkan hamil 6 minggu. Syukur sangat, seperti ibu ibu yang lain ,aku juga
mengalami alahan bau sabun, bau tandas, muntah muntah, lemah badan, hilang
selera makan dan cepat moody. Kebetulan
aku dan suami sedang buat persiapan untuk mengerjakan umrah awal Mei. Walaupun
masih dalam alahan dan lemah badan, 2 minggu di tanah suci dapat ku lalui
dengan pertolongan Allah. Doaku agar aku tidak mengotorkan rumahNya dengan
muntah makbul. Kalau di hotel atau ketika dalam perjalanan ke masjid, pasti
muntah atau loya loya. Tetapi jika di dalam masjid, keadaan terkawal, inilah
mukjizat air zamzam. Aku pernah bermimpi aku mengerjakan umrah bersama suami
dan seorang lagi lelaki yang begitu rapat denganku, terus ku terdetik anak ini
mungkin lelaki.
Sepanjang
pemeriksaan aku lakukan di hospital swasta, bukan sebab banyak duit pun, tapi
sebab malas nak menunggu lama dan kerana aku suka melihat perkembangan bayiku
di skrin setiap pemeriksaan. Alhamdulillah tiada masalah, setiap pemeriksaan
pasti ku bertanya berapa berat janinku teruatama di trimester terakhir. doktor
memberitahu perkembangan bayiku baik, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
Moleklah denganku yang beratnya 46 kg
sebelum hamil dan akibat alahan beratku turun hingga 42 kg. minggu ke 37 ketika
pemeriksaan, beratku hanya 48kg dan
bayiku menurut jangkaan doktor seberat 2.5kg. Doktor siap puji lagi, pandaiku
jaga badan hingga tiada kenaikan berat ketara, senang nak dapatkan bentuk badan
asal katanya.
Awal minggu ke
38, aku rasa air keluar. Malamnya aku sudah gelisah ketika tidur, rasa sakit di
bahagian ari ari dan pinggangku sudah tidak boleh duduk lama. Terus selepas
subuh kami ke hospital. Bila periksa bukaan baru 2cm. Seharian menunggu bukaan
baru 3cm, doktor pecahkan air ketuban dan aku disorong ke bilik bersalin. Dari
jam 8pagi hingga 5 petang, bukaanku hanya 4cm, sedangkan aku sudah letih
menahan kesakitan. Akhirnya doktorku membuat keputusan untuk membedahku kerana
melihat nadi bayiku makin lemah, dia tidak sanggup mengambil apa apa risiko
jika terus menunggu bukaan 10cm. Aku dan suami agak keberatan pada awalnya,
tapi apabila dinasihati doktor,kami akhirnya akur.
Tepat 5.22pm
tanggal 22 Oktober, 2012 lahirlah puteraku. Mendengar sahaja tangisannya, aku
rasa aku bagaikan berada di syurga. Hilang segala sakit dan kerisauan. Ketika
bayi dibawa keluar untuk dibersihkan dan diazankan oleh suami, doktorku datang
memberitahu, “Nadia, biar betul! Anak u besar.. 3.55 kg. nanti saya suruh
timbang lagi sekali. Silap kot. Patutla dia susah nak keluar. Maknya kecil,
anaknya besar.” Jangankan doktor, aku juga terkejut. Jangkaanku anakku paling
berat pun sekadar 2.7 atau 2.8 sahaja, tapi 3.5 naik 1kg dari pemeriksaan
minggu lepas.
Kalau dilihat
padaku dan suami, kami kecil sahaja, bayiku mungkin mengikut baka tokwannya
yang tinggi. Dan hingga sekarang, walaupun baru 2-3 bulan, orang mesti
menganggap dia sudah 5-6 bulan. Apa pun syukur Alhamdulillah atas kurniaanNya
yang tidak ternilai ini.
No comments:
Post a Comment