pastinya bermula dari rumah..
mak, abah, kakak2 dan abng mengajarku ttg dunia
dunia main..dunia makan..dunia yang penuh dengan kasih sayang
hingga aku pelik..kenapa aku perlu ke sekolah lagi
sedang segalanya aku boleh dapati di rumah
6 tahun TADIKA..dgn uniform hijau..
pergi naik van..yang kekal di ingatan..pokok saga di hujung bangunan..
hampir tiap hari ku tutip biji saga yang merah menyala
guruku CIKGU SOFIA..cantik macam cina..
dia membetulkan kesilapan sebutan hurufku.. G & J, K & T...
darjah 1 di sek raja perempuan
sekolah bekas tapak istana lama..kami panggil dulu istana raja botak
pelajarnya semua perempuan..xde lelaki
cuma berlainan bangsa..dan ku ingat kwn sebelah mejaku cina..
bila cikgu datang..kami sama-sama akan menjerit "TEACHER LAILA"
hehehe..dan GURUKU : CIKGU SANIAH
sekali satu bukuku..dah diconteng oleh adindaku HUSNA..
pergi ke sekolah.. perutku dipulas di pusat..
tapi tak nangis pun..sbb tak sakit langsung..hehe
DARJAH 2 berpindah ke SK SG RAPAT..
sekolah ni campur lelaki perempuan.. huh..duduk plak tepi lelaki
gatal sungguh kan..hehe
igt sekali cukgu kelasku CIKGU ASMAH panggil namaku..
secara spontan ku menyahut " YEA MAK"...
berderai tawa satu kelas...hehehe..tersasul daaa..
DARJAH 3.. pindah lagi ke A.STAR..sek SG KOROK BARU
GURUKU..CIKGU FARIDAH..
sempat aku dilantik menjadi pen KETUA DARJAH..
bila waktu guru xde..ketua darjah ambil alih jaga kelas..
tak sangka nama orang bising yang sampai kepada guru..adalah namaku..
cikgu pun kata: PENOLONG KETUA KELAS PUN BISING? kena denda lebih ni.. hehe
hampir hujung darjah 3 ku pindah ke SKSE,perlis
CIKGU WAN SALIMAH guru kelasku..
darjah 4..CIKGU RAHIM
darjah 5.. CIKGU ROZI
darjah 6..CIKGU NASIHA..
di SKSE..belajaq cakap utara..
menangis nak berbasikal ke sekolah..hingga menyorok belakang almari..
sbb seronk tgk kwn berbasikal ke kedai beli jajan..
ada sekali sewaktu berbasikal dgn kawan..buah nyoq.jatul betul2 depan basikal..
mujuq bukan atas kepala..tapi menyebabkan kami tergolek dog la juga
mujur waktu itu tiada knderaan yang menghampiri..alhamdulillah
makin remaja..bersekolah sekaligus berasrama di MADI
hidupku di MADI mengubah dan memnbentuk remajaku menjadi remaja yang halus..tulus..
hmm..maksud aku..remaja yang baik da.. tapi xlah perfect
kn rotan tu biasalah bagi warga MADI..tapi itulah dunia MADI yang penuh dgn keistimewaan
wlu berhimpit di asrama..tidur di bawak pumkin..berebut tandas dan bilik air.. keputusan bekalan air..hingga buat kami merantau mencari air telaga dan sungai..
mandi belat..terjun sungai.. malam2 ceramah yang mengujakan..
walau pernah kami dilabel tiada masa depan...
tapi kami masih terus tetap mara ke hadapan..
kerana rezeki adalah takdir tuhan..
ku smbung di KIDU.. dunia IPT yang tersendiri..
kami tidak sekadar belajar..tp juga berdikari..
bukan untuk diri sndiri sahaja tapi kejayaan yg mesti dikongsi
dah berjamaah buat kehidupan lebih meriah
malah rezeki melimpah ruah
yg sedikit dikongsi..semua dapat menikmati..
dan tak boleh dilupakan tanggal perginya insan istimewa
UST FADHIL..
ku saksikan gelombang manusia mengunjungi jenazahnya..
manusia agung yang tidak minta disanjung
tapi tetap allah beri penghormatan..
2004..ku di al-AZHAR..
tiada bahasa..tiada nukilan untuk gambarkan kebangganku menjadi penuntutnya
bukan kerana nama..tapi kerana karamahnya..
guru2nya yang ikhlas mengajar..tanah anbiyah ardi kinanah
disini aku belajar.. apa yang ku dapat..
bukan apa yang ku ambil dr orang..tapi apa yang ku beri pd orang..
rezekiku di UKM..
buatku rasa kerdil berbnding yg lain..
mgkin kerana tiada SPM..
mungkin krn mrk lebih bijak berdebat dan berbahas
sem pertamaku..mmg aku amat bekerja keras bukan utk belajar
tapi utk menyesuaikan diri dgn cara belajar yg baru
dan yg lucu bila result keluar berbentuk CGPA.
aku tercengang..nombor apa ni..sikitnye..tak sampai 10 pun..
sikitnye markah.. manalah BEKAS BUDAK MADI,KIDU DAN AZHAR ni tahu pasal perkiraan CGPA..klu mumtaz, jayyid jiddan, jayyid, maqbul tu tahulah. hehe
dan pastinya sepanjang perjalanan tempoh ku berguru..insan2 yang paling memberi kesan kepada kehidupanku adalah mereka yang bergelar cikgu, guru, ustaz,ustazah, sir, madam, Dr, Prof dan segalanya...
SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA...
KERANA KALIAN..
AKU MENJADI ORANG INSAN YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN!
SELAMAT HARI GURU~~
ReplyDeletesuka post akak ^^
Selamat hari guru..!
ReplyDeleteinteresting! kuatnya daya ingatn ustazah =)
semoga terus sukses..
sesekali toleh ke belakang..lihat langkah2 yang pernah dilalui.. alhamdulillah akal masih sehjat utk mengingati..hehe
ReplyDelete