relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Wednesday, November 26, 2014

10 julai 2015

10 julai 2015
Ibu, abi dan abang muhammad tunggu yea sayang...


segala pujian bagi Allah yang mengurniakan rezeki..

Tuesday, November 18, 2014

cerita dulu dah jadi kenyataan sekarang

aku dulu ulat buku.. bukan ulat.. mmg ular buku.. sbb Nampak je buku mmg aku suka baca apalagi buku cerita.

ada 1 cerita ni, aku baca dulu dan walaupun waktu tu aku masih kecil, tapi ada rasa tak puas hati jalan cerita tu..
ceritanya begini..  sorang budak ni ada seekor ayam jantan sebagai haiwan peliharaannya. 1 hari budak ni Nampak setandan pisang atas para dapur, dia pun mnta izin pada ibunya.. ibu nya jawab.. tanya ayah.. dia tanya ayah dia.. ayah dia jawab.. tanya ibu.. dia balik semula tanya ibu.. ibu jawab tanya ayah.. dia tanya ayah.. ayah jawab tanya ibu...
 sampailah budak ini rasa sedih sangat terus dia mengadu pada ayam jantannya, dan ayam jantannya..menerbangkan dia jauh jauh dari rumah. ibu dan ayahnya pun menyesal..

aku cukup xpuas hati dulu, knp ibu dan ayah tu saling tolak menolak.. dan budak tu sedih bukan sbb tak dapat makan pisang, tapi sedih dgn sikap ibu dan ayah yang berlepas tanggungjawab.

dan reality cerita itu aku lihat banyak berlaku sekarang... banyak orang orang besar.. kuasa kuasa besar.. saling berlepas tanggungjawab.. dan si kecil menjadi mangsa... dan si kecil tu jangan pulak mengalah dgn biar diperkotak katikkan.. jadilah mcm budak tu.. ambil tindakan drastic supaya  orang orang besar tu sedar apa yang diorang buat tu salah.. dan kena ada hero dalam kes ni.. iaitu macam ayam tu.. yang bukanlah sapa sapa pada awal cerita.. tp dialah yang menyelamatkan mangsa dari terus menjadi mangsa...



Sunday, November 16, 2014

klu tak nak stress...

Klu tak nak stress.. jgn stress kan org lain..
simple kan..
boleh juga klu tukar kepada ayat begini..

Klu nak bahagia.. bahagiakan orang lain...

:)

Mood: tidak mahu stress dan menstresskan org... hehe

Friday, November 14, 2014

biasa biasa aja

Suka buat biasa biasa aja..
Tapi kadang bisa buat benda yang tidak biasa
bukan untuk jadi luar biasa...
masih biasa biasa aja..
untuk bisa berbiasa yang luar biasa menjadi biasa..


Sunday, November 9, 2014

tidur tepi jalan...

Semalam di kuching, habibi sakit perut, berenti kejap di tndas awam area waterfront tu.. betul betul tepi kereta kami.. ada sorang mamat ni tidur.. mula mula duduk... tp lepas tu tetlentok tetus terbaring.. terlentang..
Gabra gak aku.. mujur habibi kunci pintu..
Org lalu lalang tgk je.. sama mcm aku.. aku nak kejutkan pun.. anak atas riba.. lepas tu takut pun ada... takut ada senjata..
Huhuhu..
Tgk muka baru 20 an.. muda dan ada rupa.. berkulit cerah.. badan xkurus xgemuk.. mcm hero drama tv je.. tp kan.. tangan dia.. ya allah penuh parut.
Dekat 20minit gak la.. habibi pergi melabur.. dan 20minit tu aku tgk dia.. gambar? Sory.. xsampai hati nak amik..dan sebarkan.. malu keluarga dia.. aku yg tgk dia pun malu sbb dia sebangsa aku.. dan mungkin seagama aku... :(

Ada la sorang ni..lalu tepi dia dan kejut dia... dgn mata merah menyala.. dia hanya buka mulut dan jawab... ahhh... ahhh... pas tu tidur balik.. huhuhu.

Moga ada jalan utk dia kembali ke jalan yang benar.. wlu aku cuba bersangka baik.. aku ttp rasa xbaik sbb dia sndiri letakkan diri dalam suasana aib begitu.. moga lain kali aku nak ke kuching dan jumpa dia baca quran tepi jalan..

Wednesday, November 5, 2014

ilmu itu matlamat bukan alat.. harta tu alat bukan matlamat

ni aku simpan apa aku dengar dr radio IKIM ptg semalam..

ilmu adalah matlamat bukan alat, harta pula ialah alat, bukan matlamat..

susah nak faham.. ok aku senangkan....

mcmmn nak gaji duit tinggi kalau tak belajar betul betul ?.. : SALAH
mcmmn nak belajar tinggi tinggi kalau xde duit..? : BETUL

mujur aku belajar rajiin dulu.. sekarang dah keje senang, xpayah belajar susah macam dulu dah: SALAH
mujur aku kerja rajin dulu.. sekarang dapat aku sambung belajar guna duit sndiri tak susah orang dah: BETUL

hmm.. aku sndri pun kena set.. matlamat aku ilmu more than duit... so nak kena sambung belajar cepat cepat ni.. tapi duit aku sekarang ni habis pun cepat.. cane tu???