relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Tuesday, November 29, 2011

kita dan impian masa kecil..

pagi cuti 1 muharam..tengok kartun "robots", (apa daa, orang tengok le ceramah ke forum ke, semanis kurma ke,hehe)
citer yang simple..mengenai seorang seketul anak robot yang pergi ke bandar dengan impian untuk menjadi robot yang paling hebat seperti idolanya. pelbagai cabaran dihadapi dan penghujungnya pastilah dia berjaya mencapai apa yang dihajati.. aku comform mana bebudak yang tengok citer ni pasti rasa nak jadi macam dia..disanjung dan dianggap hero! itu kalau budak yang tengok, kalau mak budak macam aku tengok???


aku terkenang kecik2 dulu, paling aku suka tengok kartun thundercat..pedang yang asalnya pendek bila disebut .."THUNDER..THUNDER..THUNDER CAT!!!!!" terus ada kilat sabung menyabung, dan pedang tadi menjadi panjang dan tajam. dan aku yang tengok terus berangan2 nak jadi hero mcm tu punya keajaiban tersendiri untuk menjadi sanjungan orang. pembaris aku la jadi mangsa..hehe, pembaris yang pendek tu dijampi 
"THUNDER..THUNDER..THUNDER CAT!!!!! dan terus dengan cepat aku tukar pembaris pendek tadi dengan pembaris panjang. berjaya aku menipu diri sendiri..hahaha.

itu dulu..tapi sekarang..aku hanya melihat cerita 2/ kartun2 macam itu sekadar halwa mata dan telinga saja..tidak menjadikan ia sebagai satu inspirasi. KENAPA? sednagkan kita orang yang sama...
kenapa waktu kecil kita suka membina impian..tapi kenapa bila dewasa..kita sendiri yang memadam impian itu?
kenapa kita tidak terus berMIMPI..dan dengan kedewasaan kita MIMPI itu kita jadikan REALITI?

Saturday, November 26, 2011

Segmen ! jom REVIEW blog by Miss Yoora

 comel betullah segmen ni..dan pastinya hanya orang orang comel saja yang tertarik. jom sapa rasa dia comel join reramai segmen ini

Segment ini bermule pd 25/11/2011 - 27/11/2011 tepat jam 12.00 TENGAH HARI ^^.
~Yoora mencari 3 BLOG bertuah untuk diberikan hadiah sekiranye penyertaan melebihi 30 org . Jd ape tunggu lg jom join sekarang !

Sunday, November 20, 2011

sorang dan terbuang..

bayangkan.... korang keseorangan..dan dalam buangan.. sedih kan?
tapi ini realiti..dalam zaman mengejar kemajuan..anak-anak mengejar cinta..membina mahligai dunia..mengejar pangkat dan kuasa..ada yang mengabaikan orang tua..

raya lepas, aku dan habibi ke KANGAr.. sdg aku menyoping..datang seorang tua tegur.." boleh hantar saya ke klinik, sy demam ni"
dgn bau yang agak hanyir..wajah yang lesu, kami menumpangkannya..  dia datang berjalan kaki dari tempat yang jauh..xde orang muda sanggup berjalan kaki sebegitu zaman sekarang..
kesimpulannya: dia sorang dan terbuang!

bila sampai di hospital..kami terus ke tempat emegency.. sedang dia diuruskan untuk naik kerusi roda, mataku tertarik pada sebuah kereta mewah di hadapan ku.. kereta pangkat DATO DATO..
pembantu pegawai perubatan aku lihat bersusah payah mengeluarkan seseorang dr tempat duduk belakang.. dan seorang DATO dan DATIN hanya melihat dr jauh.. dan seorang tua yang amat daif dikeluarkan dgn keadaan yang penuh najis (sangkaanku mungkin kerana lihat pegawai perubatan membawa cadar baru dan pakaian salin), dan pakaiannya disalinkan dengan pakaian hospital di dalam kereta itu juga. saya tabik dengan kecekapan pembantu pegawai perubatan..tapi bukankah yang lebih afdal menyalinnya adalah warisnya sndiri..pasti pakcik itu malu..tapi apalah yang dia mampu..

dan kejadian pada hari itu buat aku hampir menangis...bukan kerana aku fikirkan kalau aku sebagai anak mereka..tapi fikirkan kalau si tua itu adalah aku.. sorang dan terbuang! nauzubillahhi min zalik!

YA ALLAH, BIARLAH HIDUPKU SENTIASA MEMANFAATI ORANG LAIN,
DAN MATIKU SEBELUM MENYUSAHKAN ORANG LAIN.

Thursday, November 17, 2011

spontaneous thursday *3: sayang disayang

bahagia bukan dengan disayangi oleh semua orang..
tapi bahagia ialah dengan menyayangi semua orang

Saturday, November 12, 2011

samarinda..kaltim.

samarinda... kain samarinda..

itu je yang aku tahu nyanyi..
dulu bila sebut samarinda aku bayang kain je..
tapi sekarang bila sebut samarinda..aku akan bayangkan gambar2 di bawah... fuh..UNIK!!!
samarinda sebuah bandar yang menjadi walikota kalimantan timur.. pelancong yang mahu ke sini akan turun di bandara (airport) balik papan, rujuk sini utk maklumat tentang balik papan.
dari sana kami menaiki bas selama 5 jam, agak emmenatkan kerana jalan berliku dan melalui banjaran banjaran. aku tengok jalan rayanye..mmg tak sanggup memandu, tapi..sepanjang perjalanan kami tiada eksiden pun yang berlaku..unik sungguh!
kami ke tenggarong di samarinda yang terkenal dengan mitos "lembuswana" : lembu berkacuk dengan gajah dan ayam.
kat sini ada perkuburan diraja dan muzium barang-barang lama.
dan yang penting tempat shoping...hahaha. kat sini terkenal dengan sarong samarinda dan batu-batu permata.. harga..kena pandai tawar..kalau tak kena sembelih..

dan kat sini ada islamic centre samarinda..yang cantik bangat.. ada menara setinggi 32 tingkat.. waktu kami pergi lif rosak..yang rajin naik tu, bila turun ,memang lutut bergoyang, boleh dangdut dong.hehe
dan malam last kami kat sana, sepatutnya kami dinner kat tempat lain, tapi driver ssilap hantar kami ke rumah gabenor..hahaha.. sempat turun, masuk duduk dan snap beberapa gambar..bukan semua orang calang-calang boleh masuk rumah gabenor!
 oh yea.. yang kat atas tu..sampingan je, tujuan aku datang sini yang utama adalah konferens.. kerjasama 3 negara iaitu malaysia, indonesia dan brunei. hmm..menarik sbb masing masing punya keunikan untuk dikongsi bersama.
dan ini tautan hati dua negara..walau sekejap bertemu..tapi besar dan manis kenangannya. thanks warga samarinda... baik baik bangat!!!!

Friday, November 11, 2011

11 november 2011 @ 11.11.11

tarikh cantik 11.11.11..

biasanya tarikh cantik macam ni, org pilih untuk abadikan sesuatu yang terindah..yang manis untuk diingat kembali.
tapi tak kurang pada tarikh yg senang diingat itu, ada sesuatu yang terperit hingga tak mahu kita ingat kembali.
buka facebook td pun, dapat berita kematian seorang guru tadika yang dilanggar lori dalam pemergiannya ke tadika. pasti keluarganya tidak akan menganggap 11.11.11 tarikh bertuah.

6 tahun yang lalu, tahun 2005..tarikh cantik  2.5.2005 dan jatuh juga pada hari jumaat..sebelum tu..aku dan adik aku dok berbual tntng tarikh yang menarik tu..mst ada sesuatu yang menarik berlaku..kata kami sambil bergurau. dan yang berlaku..jam 1.10pm, kami terlibat dalam satu kemalangan..  adikku yang memandu cedera di muka kerana serpihan cermin depan kereta, dahi ibuku ditusuk luka bumbungg kereta dan aku lebam di pipi kerana tersembam.. walau tiada kemalangan jiwa berlaku, dan kami juga hanya dirawat sebagai pesakit luar..namun tarikh itu adalah tarikh yang tidak enak untuk diingati.

setiap hari punya memori yang tersendri..dan setiap kita ada kenangan yang perit atau manis untuk diingati.. hari demi hari tetap akan melangkah takkan kembali..dan kita juga makin menghampiri hari ABADI....

Thursday, November 3, 2011

spontaneous thursday*2: korban dan anugerah

banyak yang kita korbankan...
banyak yang kita kan dianugerahkan...